Salam Perkenalan

auww.jpg

Assalamualaikum! Salam cayang kepada semua geng remaja terutamanya pembaca setia majalah Mangga!.

Sekarang ni majalah Mangga sudah ada ONLINE! Kelas gitu! Cerita dan gambar-gambar artis serta remaja yang disiarkan di ruangan ini boleh ditatapi oleh berjuta-juta orang dari seluruh dunia yang melayari laman ini. Auw! World gitu! 

Jika para remaja di Malaysia, di Asia, Eropah, Amerika dan seluruh dunia ada kisah kehidupan atau dugaan cinta yang ingin dikongsi bersama seluruh dunia, bolehlah luahkan kepada Mama Juwie untuk meminta pandangan.

Jika nak tanya pasal artis-artis Malaysia pun akan Mama Juwie cuba layan sekadar yang mampu. Geng Mangga - Zeha, Zaidie, Ai, dan Mas pun akan turut membantu.

Nak cari kenalan seluruh dunia pun boleh sertakan foto, biodata, alamat penuh dan nombor telefon. Semoga ruangan istimewa ini dapat menjalinkan silaturahim yang mesra di antara kita.

Wassalam!

Popularity: 91%

Mari Kongsi Bersama: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • Technorati

14 Respons untuk “Salam Perkenalan”

  1. mondragon Menulis:

    Hello mama, dah lama kitaorg tunggu bila mama nak online. Lepas ni tak payah le tunggu sebulan sekali baru nak sembang dgn mama. Saya harapmama akan masukkan yg terkini, terhebat dan ter”sensasi” sekali dlm online ni!

    ps kalau ada video masa interbiu tu lagi best!!!!

  2. nurul husna bt mohd zain Menulis:

    hai mama…..sy hepy sangat sbb mangga dah bleh baca kat online.lpas ni tak payah la saya pegi kedai mamak lagi utk beli mangga.kat internet pun dah leh baca skrg

  3. hafizi Menulis:

    haii mama..sy cuma nak cadangkan majalah mangga diselitkan dengan hal2 agama..kira 3in 1 la macam necafe..takpun macam astro..macam2 ada…

  4. mamajuwie Menulis:

    Ya Salam. Moga sihat sejahtera dan dirahmati Allah. Insya-Alllah setiap bulan dalam Mangga ada cerita agama. Hafizi dah beli Mangga baru?
    Beli cepat sebelum habis. Ada cerita agama dua muka tulisan Kak Zeha mengenai seorang artis mencabar kuasa Allah, kemudian Allah tunjukkan kekuasaan-Nya serta-merta. Best ceritanya tau! Macam-macam lagi peristiwa keajaiban yang dialami oleh artis tu hingga dia insaf.

  5. mamajuwie Menulis:

    Ya Salam. Moga sihat sejahtera! Janganlah macam tu cayang. Kenalah beli dan baca Mangga setiap bulan walaupun dah ada online. Sebab Mangga banyak cerita dan foto-foto poster cun. Online ni untuk mama layan karenah pembaca aje! Ok cayang! Beli cepat, bulan ni keluaran April dah ada di pasaran banyak cerita best-best! Auw! Kalau cayang mama kena beli tau!

  6. mamajuwie Menulis:

    Ya Salam! Moga sihat sejahtera. TQ kerana sertai ruangan ni. Cepat-cepat beli Mangga tau! Banyak poster cun artis popular dan cerita menarik. Online tak siarkan cerita Mangga sekadar untuk layan pembaca aje. So kalau cayang mama, beli Mangga ya! Luv U. Wassalam.

  7. zieda Menulis:

    ass’kum…. buat mamajuwie …
    cam maner mama sekarang ..mesti sibuk penyer ar ..tak menang tangan dibuatnyer kalau dah ader online nie.diharapkan agar mama tetap “mantain”.

  8. eyra85 Menulis:

    mama….hi,i hope u akan succes…..i know about u dari zaman kanak2 lg tau……..maintain..

  9. sham@meon Menulis:

    hai mama ape khabar c’hit? mama sy rasa isi kandungan buku mangga tak perlula letak gambar org tak brbaju…. kenapa tak nak letak gambar diorg waktu tengah sujud menghadap ilahi….

  10. ahmatrosly Menulis:

    assalamualikum WRT n hello there mama, tahniah,GUA CAYA LU.keep you up your good work.syabas!!!

  11. aisyah Menulis:

    hai mama…ape kabar..
    mcm mane skrg ni bz ke..?
    aisyah harap mama tetap maintain,,,….

  12. olen Menulis:

    salam…
    mama ingat tau, cerita panas takpe tp gambar-gambar panas kena kurangkan sikit.

  13. juliana Menulis:

    as’kum mama, apa khabar sihat ke, saye adalah peminat setia mangga setiap keluaran saye mesti beli. tapi tgk la artis yang saya minat tu sape. tapi kan saye nak komen sikit la, kenapa artis dalam mangga seksi bebonar. tiap2 bulan saye perhatikan mesti ade artis bergambar dalam kolam tunjuk ketiak seksi pulak tu. yang laki pun same ade jugak dalam kolam renang.

  14. acop Menulis:

    hai mama,
    u tak minat tulis novel ke? tulislah kisah kasih sayang yang semakin hilang dari dunia ini… saya beli novel u

Tinggalkan komen